Tuesday, April 14, 2015

PEREMPUAN WAJIB BACA : Makanan Yang Harus Dielakkan Ketika Haid


As Salam & Selamat Sore.. 

Meh2 ladies nak share info penting n berguna, especially pada diri sendiri la yang selalu tunggang terbalik time period, Ya Allah seksa n sakitnya hanya Tuhan je taw, tp tak semua taw girl2 sakit mcm ni org panggil "senggugut"... mybe insan terpilih je kot..muahahaha, so xsemua girl2 kt lua sane merasa ape itu "senggugut". Nak taw jg ape penawar or ubat bg kurangkan "senggugut", siyes! setakat ni xtahu lg, so ape yang boleh buat juz ade beberapa makanan yang harus dielakkan ketika haid, n if amalkan mybe bole kurangkan rase sakit 2 kot..mybe laaa...

Kekejangan dan sakit adalah hal yang umum pada perempuan yang sedang haid . Rasa sakit pada saat haid itu boleh semakin parah bila perempuan salah memilih menu makanan.
Makanan yang salah boleh mempengaruhi keparahan dan lamanya pra-haid dan kekejangan haid yang menyakitkan. Penyebab yang paling umum dari kram menstruasi adalah prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terjadi secara semulajadi dalam tubuh yang menetapkan ketegangan otot.
Menyekat makanan tinggi gula dan garam juga dapat mengurangkan kembung dan perubahan suasana hati. Selain mengubah diet, salah satu hal yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah meningkatkan tahap aktiviti.
Ini beberapa makanan yang sebaiknya dihindari ketika sedang haid, seperti dipetik
Livestrong, Isnin (28/5/2012):


1. Coklat
Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid.


2. Produk susu
Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.


3. Makanan olahan
Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih per porsi.


4. Makanan yang bergoreng
Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit.


So dah baca, dah tahu boleh try untuk tgk kesannya..org kate mencegah lebih baik dari mengubati. 


hahaha yang gambar ni untuk diri sendiri.. Semoga info ni berguna n berkesan, amalkan dan elakkan kalau xnak time "senggugut" berguling2 atas katil.. hahahaha 
Daaa..

*copy/paste

Monday, April 13, 2015

Saengil Chukha Hamnida vs Welcome Back





Saengil Chukha Hamnida una, moga panjang umur, murah rezeki byk2 dapat bahagiakan mak abah adik2.. Insya Allah, AMIN..haha bole plak wish kt diri sendiri, ok ape kann.. hahahaha

Back to the story, WELCOME BACK... rase dah bertahun, eh mmg dah bertahun pn tak aktif dengan blog ni, hangat-hangat tahi ayam je, pastu hilang 3 4 tahun lak..tetibe hari ni rase nk aktif berblogger lak, tapi tengok la ntah betul ntah idaknye..hahaha, okeh.. daaa
Salam..







Monday, October 1, 2012

. . . . .




dalam setiap perkara kesabaran itu amat penting..
jangan cepat melatah atas sesuatu khabar angin yang diterima..
belajar untuk selalu menjadi sabar dalam kehidupan..




Sunday, May 20, 2012

jom ketahui sikap perempuan dengan melihat cara berjalan..

terbaca..n just copy & paste :)

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Sunday, February 12, 2012

Sejenak..


Tak seorang pun sempurna.

Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak.

Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah

Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan khuatir untuk masa depan,

kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.


Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri,

semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.


Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma mampu hidup sekali saja di dunia ini,

tetapi jika anda hidup dengan benar,sekali saja sudah cukup.


Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingati.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati,tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.


Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah,

dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati adalah kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya


Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.

Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,

jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

Kerana semua manusia itu baik kalau kita mampu melihat kebaikannya

dan menyenangkan kalau kita mampu melihat keunikannya

tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan

kalau kita tidak mampu melihat keduanya.


Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,

merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,

memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.


Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum,

lebih pahit daripada hempedu dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang,maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik

kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.


Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.

Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.

Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.